Jika mahu UMS maju: Tamatkan Kontrak Naib
Canselor UMS, Tun Zaki Pengerusi Lembaga Pengarah UMS dan Tan Sri Dato Seri Yeoh Tiong Lay Pro Canselor UMS
Dengan terpisahnya semula Kementerian Pendidikan dengan Pengajian Tinggi
kita berharap kerajaan tidak melakukan lagi kesilapan yang berulang. Tahniah
kepada Dato' Seri Idris Jusoh dilantik
sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru kesilapan YB Tan Sri Muhyiddin
Yasin bekas Menteri Pendidikan itu tidak wajar di ulangi.
Acuh tak kisah kepada kementerian menyebabkan urusan kementerian khususnya
Institusi Pendidikan Tinggi terabai. Lebih teruk dari bawah era Dato’ Seri Khaled Nordin semasa Menteri
Pengajian Tinggi.
Idris Jusoh tidak boleh lagi melakukan kesilapan sebagaimana Tan Sri Muhyiddin. Lihatlah nasib Tan Sri Muhyiddin. Penyambungan kontrak Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah disaat akhir selama dua tahun adalah satu kesilapan besar.
Idris Jusoh tidak boleh lagi melakukan kesilapan sebagaimana Tan Sri Muhyiddin. Lihatlah nasib Tan Sri Muhyiddin. Penyambungan kontrak Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah disaat akhir selama dua tahun adalah satu kesilapan besar.
Buktinya UMS lihat sahaja betapa hancurnya UMS bila Naib Canselornya jenis tak kisah. Pelbagai laporan dibuat kepada YB Tan Sri Muhyiddin tetapi tetap tidak ambil tindakan malah diakhir tamatnya kontrak Prof Datuk Dr Harun Abdullah bulan Jun lalu dengan pengaruh Tun Zaki Tun Tun Azmi (Pengerusi Lembaga UMS) tetap juga disambung oleh Tan Sri Muhyiddin.
![]() |
Bukti Laporan dihantar kepada Menteri. Apa Menteri Pendidikan lakukan ketika itu?.Telah dibakul sampahkan malah ketika kontrak tamat Menteri Pendidikan telah menyambungnya. |
Isu UMSKAL, Pelantikan YDP PAS Sepangggar
sebagai Pengarah Alumni UMS dan kunjungan UMSKAL ke pejabat DAP
UMSKAL lubuk pembangkang di kampus. Berapa banyak gerakan GAMIS
di kampus UMS semasa Prof Datuk Dr Harun Abdullah sebagai Naib Canselor? Video dan berita bergambar sangat banyak. Satu darinya https://youtu.be/IBzXEmLot8A
![]() |
Mengapa agaknya Gerakan mahasiswa pembangkang UMS aktif? lebih aktif dan sudah setanding UM dan UKM |
Sebab
apa kerana Pengurusan UMS tidak peduli pun gerakan pembangkang yang wujud di
kampus. Hanya bila ada tekanan politik barulah sibuk mengambil tindakan.
Lihat sahaja semasa isu pelantikan YDP Pas Sepanggar sebagai Pengarah
Alumni UMS. Sangat terang lagi bersuluh salah tiada pun Prof Harun meminta
maaf. Malah berbuat bodoh macam biasa. Tapi kerana ada Muhyiddin di nasihat
salah maka kekallah Prof Dr Harun ini.
![]() |
ALIAKHBAR: Nasiblah pelantikan YDP PAS Sepanggar (AJK Pusat) di batalkan selepas menjadi isu. Jika tidak mungkin senyap sahaja. |
Begitu juga kes UMSKAL tahun 2015 tidak lama beliau disambung kontrak menunjukkan kepada mereka betapa lemahnya Naib
Canselor UMS itu. Berbangga dengan kunjungan ke pejabat DAP. Pejabat Naib
Canselor UMS pun mereka tak datang lagi berkunjung. Apa maksudnya? Prof Dr Harun ini
lemah.
![]() |
Terbaru.: ISU UMS KAL tidak pernah berhenti. Sebab UMS tidak kisah. Kalau boleh lantik Pengarah orang PAS. Apa Naib Canselor kisah jika mahasiswanya bersama DAP |
Mendengar nasihat Lokman Abd Samad dan No’ Man Hj Ahmad inillah jadinya.
Sehingga ke hari ini apa tindakan Naib Canselor UMS? TNC HEP pro Naib Canselor apa kerjanya?
Menteri Pendidikan Tinggi baru : tukarlah Naib
Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS itu.
Janganlah mengulangi kesilapan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri
Pendidikan. Bertindak tegas. Kalau boleh carilah Naib Canselor yang boleh
bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah. Kalau boleh janganlah lantik Pengerusi
LPU UMS seperti Tun Zaki. Carilah orang negeri Sabah yang layak. Tak kan tiadaPengerusi LPU dari Sabah yang layak. Sabah Fix deposit tapi lantik Pengerusi
LPU orang luar. Ia sangat tidak kena. Tak akan tiada yang layak. Tun Zaki amat tidak sesuai di UMS.
Berilah dia jawatan di tempat lain. Carilah yang memahami mengenai Negeri
Sabah, aspirasi orang Sabah. Bukan main tangkap muat dan boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan
Naib Canselor UMS sahaja. Gunalah kuasa Menteri. Zaman Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah dulu UMS tetap gemilang. Bukan rasis atau sentimen tetapi tidak kena dengan masa kerajaan sekarang khususnya di Negeri Sabah. Tindakan terkebelakang untuk menghargai penghargaan pengundi Sabah.
![]() |
AUKU Pindaan 2009: Menteri melantik Naib Canselor. Kalau ada 3 calon dan 1 dah jelas salah laku kenapa nak ikut Jawatankuasa Penasihat Menteri? |
![]() |
Begitu juga kuasa melantik LPU. Kalau Naib Canselor menghantar nama LPU mengapa tidak menyemak terlebih dahulu individu? |
Kenapa nak kekalkan Tan Sri Dato' Seri Yeoh Teong Lay (YTL)?
Sekian lama Yeoh Teong Lay berada di UMS tak akan tiada orang lain? Kalau Pengerusi lama Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah boleh ditukar mengapa pula kumpulan YTL yang banyak berkontroversi dengan Kerajaan dan YAB PM di kekalkan? Tak kan Prof Datuk Dr Harun sebagai Naib Canselor tidak terfikir semua tu?
Apakah kejayaan Prof Dr Harun (Naib Canselor) dan Tun Zaki?
SenaraiRanking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun
dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan
kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds
(QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS
mahupun IPTS. Tapi di mana UMS?
Senarai
Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
1.
Universiti Malaya (UM) –
IPTA
2.
Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) – IPTA
3.
Universiti Sains
Malaysia (USM) – IPTA
4.
Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) – IPTA
5.
Universiti Putra
Malaysia (UPM) – IPTA
6.
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
7.
Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) – IPTA
8.
Universiti Multimedia
(MMU) – IPTS
9.
Universiti Teknologi
MARA (UiTM) – IPTA
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
12. Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Kedudukan Universiti Malaysia Sabah di Peringkat Asia?
Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka
berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200
senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah :
Ranking Universiti IPTA
IPTS Terbaik Malaysia 2014?
Kedudukan di Asia.
§ Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
§ Universiti Islam
Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
§ Universiti Putra
Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
§ Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§ Universiti Sains
Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§ Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
§ Universiti Malaya (UM) –
ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia
Di mana UMS? Mengapa UMS boleh ketinggalan dengan jirannya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)? Ini sangat
memalukan. Kalau Unimas boleh mengapa UMS tidak boleh?. Jika benar bekas Hakim
seperti Tun Zaki boleh menaikkan rating UMS ia tentu bagus kepada rakyat Sabah.
Tapi kalau tidak mengapa perlu diteruskan. Bukankah bagus mencari warga
tempatan yang boleh memacu UMS?
Tahun 2015/2016 sekali lagi Universiti Awam seperti UM, USM, UKM, UTM dan beberapa lagi menaikkan rangking mereka.
Sekali lagi di mana UMS?
Tahun 2015/2016 sekali lagi Universiti Awam seperti UM, USM, UKM, UTM dan beberapa lagi menaikkan rangking mereka.
Sekali lagi di mana UMS?
Oklah bagi bersikap adil UMS baru ini diumumkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini berada di kedudukan ke 173 terbaik dunia dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2015, bagi kelestarian alam sekitar.
UI-GreenMetric World University Ranking 2015 menunjukkan UPM di kedudukan ke 17 dunia, UUM 45, UM 65, UKM 110. Malah di Malaysia UPM diletakkan dirangking pertama bagi kelestarian Alam Sekitar. Begitu juga UPM tetap dalam QS Rangking Top Universities kedudukan 331 dunia malah memperbaiki kedudukannya dari 376 tahun 2014. Tapi UPM tidaklah seheboh dan kecoh dari UMS. Dengan alam sekitar yang cantik di UMS kedudukan mungkin perlu lebih baik dari 173 terbaik dunia. Sekali lagi dia kata \
bersyukurlah masuk juga.
Seruan Pemimpin
Kita yakin YAB Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor UMS pasti tidak mahu UMS merudum. Beliau perlukan seorang Naib Canselor yang benar-benar menjalankan fungsinya. Sedikit pertimbangan politik diperlukan untuk kebaikan Negeri Sabah.
UI-GreenMetric World University Ranking 2015 menunjukkan UPM di kedudukan ke 17 dunia, UUM 45, UM 65, UKM 110. Malah di Malaysia UPM diletakkan dirangking pertama bagi kelestarian Alam Sekitar. Begitu juga UPM tetap dalam QS Rangking Top Universities kedudukan 331 dunia malah memperbaiki kedudukannya dari 376 tahun 2014. Tapi UPM tidaklah seheboh dan kecoh dari UMS. Dengan alam sekitar yang cantik di UMS kedudukan mungkin perlu lebih baik dari 173 terbaik dunia. Sekali lagi dia kata \
bersyukurlah masuk juga.
Seruan Pemimpin
Kita yakin YAB Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor UMS pasti tidak mahu UMS merudum. Beliau perlukan seorang Naib Canselor yang benar-benar menjalankan fungsinya. Sedikit pertimbangan politik diperlukan untuk kebaikan Negeri Sabah.
Menteri mesti menggunakan kuasa yang beliau ada sama ada melantik atau
menamatkan perkhidmatan jika sekiranya pegawai yang dilantik tidak berfungsi
dengan baik. Ini kuasa menteri. Harap menteri baru ini adalah “Menteri yang ada
Telur” seperti juga Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd Najib yang berani
membuat rombakan kabinetnya.
Kalau Dato' Seri Idris Jusoh boleh menukar Naib Canselor UniMAP yang paling lama di Malaysia. Tak mungkin Idris Jusoh tidak boleh menukar Naib Canselor UMS yang tamat penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Kalau Dato' Seri Idris Jusoh boleh menukar Naib Canselor UniMAP yang paling lama di Malaysia. Tak mungkin Idris Jusoh tidak boleh menukar Naib Canselor UMS yang tamat penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
YAB Perdana Menteri perlukan pegawai yang jujur bukan mengisi perut
sendiri. Diharap Menteri Pendidikan Tinggi melaksanakan tanggungjawabnya.
Oleh: Zulkifli M
Oleh: Zulkifli M
Titanium Rod - Reviews of Titanium-Arnold Art | T-Bone - T-Bone
ReplyDeleteT-Bone is babyliss pro titanium an interesting drawing titanium granite and has a nice range of classic and modern design elements.Titanium Rod - Reviews of Titanium-Arnold Art | T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - apple watch series 6 titanium T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone titanium ingot - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - 2020 ford ecosport titanium T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone - T-Bone -