Tuesday, 9 February 2016

HARUN NAIB CANSELOR TIDAK PEKA ISU ATAU ADA KRONI YTL DI UMS?




KISAH YTL POWER DAN FRANCIS YEOH

"  Ironi berkenaan YTL Power ini adalah Yeoh cuba mencetuskan kontroversi dalam usaha beliau kononnya menentang kronisme di siri Forum Malaysia Global anjuran PEMANDU yang bertempat Suruhanjaya Sekuriti tahun lepas sedangkan beliaulah kroni sebenar ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir."
Sumber Video:  MalayMail online

Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib perlu dilihat dan dibandingkan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 2003 apabila apa yang beliau kritik sekarang tidak pula dilakukannya pada masa dahulu.
Sekarang beliau berbicara mengenai perjanjian yang melibatkan kerajaan yang beliau dakwa tidak begitu telus dan kabur sedangkan beliau secara tidak langsung menikmati dan menaungi perjanjian sedemikian dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai ketua kerajaan Malaysia.
Ambil contoh pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menikmati layanan yang begitu istimewa dari kerajaan iaitu dari bekas Perdana Menteri itu sendiri di mana perjanjian pembelian tenaga (PPA) semuanya dilaksanakan ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Ambil kes yang melibatkan YTL Power Generation Sdn Berhad, di mana pemiliknya Tan Sri Francis Yeoh diketahui sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir sehingga beliau memperolehi perjanjian PPA yang sangat menguntungkan. Menurut Allahyarham Tan Sri Ani Arope, TNB pada ketika itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan ini boleh menjana pada 17 sen seunit (kWh).
Tetapi IPP telah menghasilkan eletrik pada kadar 23 sen seunit (kWh) dan TNB terpaksa mengenakan kadar tidak kurang 30 sen seunit (kWh) kepada pengguna.
Untuk lihat berapa keuntungan yang dijana IPP pada tahun 2010, YTL Power Generation Sdn Bhd dilaporkan mencatat keuntungan RM1.6 bilion dari pendapatan berjumlah RM13 bilion (Perjanjian Pembelian Tenaga YTL dengan kerajaan yang akan tamat pada 30 September tahun ini dan tiada khabar ianya akan disambung).
Ani, di dalam bukunya, Memoirs of Tan Sri Ani Arope, menyebut tentang bagaimana pentadbiran Mahathir memaksa idea IPP ini terhadap Tenaga Nasional Berhad ketika Allahyarham Tan Sri Ani menjadi pengerusi eksekutifnya. Badan tenaga kebangsaan itu terpaksa menerima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Unit Perancangan Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai-pegawai senior di bawah Ani terkejut melihat perjanjian itu kerana mereka akan mengalami lebih banyak rugi dari untung kerana perjanjian itu jelas lebih menguntungkan IPP.
Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI) itu enggan menurut permintaan dan tuntutan EPU dan dipecat secara tidak terhormat.
Tiada siapa di dalam kerajaan ingin bekerjasama dengan beliau lagi, lebih-lebih lagi dengan pengaruh Mahathir yang cukup besar ketika itu. Tan Sri Ani terpaksa bekerja di dalam situasi pengaruh asing yang mengiktiraf bakat dan pengalamannya selepas itu.
Penulis Kinibiz P.Gunaseram, di dalam satu penulisannya tahun lepas, menceritakan bagaimana perjanjian pembelian tenaga yang pertama sangat menguntungkan YTL Power, dimana harga tenaga elektrik telah ditetapkan oleh satu kadar dalaman yang memberikan pulangan sekurang-kurangnya 16%.
Akhirnya, nilai yang berjaya diperolehi oleh YTL Power adalah 14%, paling tinggi antara semua IPP.
“Jika projek itu distruktur di dalam bentuk 20% ekuiti dan 80% selebihnya dibiayai melalui hutang dan jika kita anggap kadar faedah adalah 7.5% (sekarang lebih rendah), pengiraan akan menunjukkan pulangan semula ekuiti itu adalah sekurang-kurangnya 50%. Di dalam masa 2 tahun, anda sudah mendapat semula pulangan pelaburan ekuiti anda!” katanya.
Inilah caranya Tun Dr Mahathir berurusan dengan duit rakyat apabila beliau menjadi pembuat keputusan tertinggi negara untuk tempoh lebih dari 2 dekad dan kesemuanya dibuat mengikut caranya.
Beliau, hari ini, mungkin akan menafikan bahawa beliau pernah berbuat demikian dan bertegas beliau telah mengikuti semua prinsip demokrasi dan kesemua orang berhak memberikan pandangan ketika membuat keputusan di bawah pentadbirannya. Hakikat sebenarnya adalah tiada siapa pun yang berani membantah dan menentang apa yang Tun Dr Mahathir buat ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Yang  ironi berkenaan YTL Power ini adalah Yeoh cuba mencetuskan kontroversi dalam usaha beliau kononnya menentang kronisme di siri Forum Malaysia Global anjuran PEMANDU yang bertempat Suruhanjaya Sekuriti tahun lepas sedangkan beliaulah kroni sebenar ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Untuk rekod, punca beliau bertindak sedemikian adalah disebabkan kegagalan beliau memperolehi kontrak untuk Trek 3B dan dan projek janakuasa bebas 2000 MW di Jimah, Negeri Sembilan.
Dan itulah kisah YTL Power dan Yeoh.

MT UMNO BIDAS YTL
Kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang mahu Malaysia bebas daripada halangan kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama disifatkan sebagai kenyataan orang yang bercakap besar.
Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang turut melihat desakan itu sebagai angkuh serta seolah-olah tiada kesungguhan kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya  menyiarkan berita bertajuk “ FRANCIS YEOH DIBIDAS” sebagai tajuk utamanya kerana mengeluarkan kenyataan sindir kerajaan walaupun YTL dapat banyak projek.
Laporan tersebut menyebut ,  Puad dipetik berkata apa yang menjadi masalah adalah terdapat syarikat gergasi yang menjadi ‘duri dalam daging’ kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan integriti.
Walaupun akhirnya Francis Yeoh meminta maaf kononnya ramai salah tafsir mengenai kenyataannya. 

SIKAP KORPORAT BESAR YANG MENDAPAT KONTRAK KERAJAAN
Mereka bercakap mengikut kehendak yang mereka mahu seolah-olah mereka tidak pernah mendapat projek kerajaan secara rundingan terus. Malah mendabik dada mengatakan projek luar negara mereka yang besar serta menguntungkan.
Sindiran tajam Francis Yeoh Pengarah kumpulan YTL mengenai kroni mengundang polemik yang besar kepada pentadbiran PM Najib. Apakah ini  minda taikun korporat besar? baling batu kemudian meminta maaf. 

KERAJAAN YANG PEMAAF!


Sejak dahulu kita melihat pemimpin UMNO berkobar marah tetapi selepas sahaja Francis Yeoh meminta maaf seolah-olah kritikan dan sindiran kepada kerajaan sudah dimaafkan. Jika syarikat itu memberikan CSR sahaja maka bertambahlah tertutupnya kemarahan itu. Buktinya lilhat sahaja dengan kumpulan YTL. Mereka tetap mendapat projek Bestari Net berbilion ringgit malah projek kerajaan yang lain. 
Ditulis, dikritik dalam pelbagai media sekalipun pengasas YTL tetap mendapat nikmat dilantik sebagai Pro Canselor UMS. Ya kerana YTL memberikan dana CSR serta projek di UMS. 

APA KEPENTINGAN NAIB CANSELOR UMS DENGAN KUMPULAN YTL? MUNGKINKAH INI?

APA jadi dengan 4G di UMS ini?

Yalah ada sumbangan kan......tak apa UMS tetap guna juga


Apapun tahniahlah pada Naib Canselor UMS yang dah setahun disambung. Tinggal setahun lagi. 


Apa nak hairan semasa lantik YDP PAS Sepanggar sebagai pengarah Alumni UMS pun dia tak pernah teliti. Malah pegawai tukang jilat hurung dia macam bangkai. Dah isu baru merangkak. Biarlah kita tengok setakat mana mereka bertahan.



lain-lain artikel berkaitan:

SIAPA INDIVIDU YANG MENJAHANAMKAN PERJANJIAN TIDAK ADIL ANTARA YTL DAN TNB?

No comments:

Post a Comment