![]() |
Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh semasa Pengerusi LPU sebagai orang Sabah bertindak cemerlang. Jadi tidak jadi isu kelayakan orang-orang Sabah. |
Kerajaan BN di Sabah dengan segala usaha menjadikan warga Sabah yang berkelayakan sebagai Ketua Jabatan di jabatan kerajaan di Sabah.
Perkara 20 dan manifesto BN Sabah jelas memberi keutamaan kepada orang Sabah. Namun UMS secara kebelakang apabila Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sejak 26 Januari 1995 dan mengakhiri perkhidmatannya bersama UMS pada 22 April 2013 digantikan dengan YABhg. Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi bekas Ketua Hakim Negara. Bukan bersifat Rasis cuma bertanya adakah sudah tidak ada lagi orang dari Sabah yang layak menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS? Kenapa Prof Datuk Dr Harun mencadangkan orang luar? tentu dia ada jawapannya.
![]() |
Musa Aman mesti sedar!. |
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor tidak mungkin tidak perasan perkara ini.
![]() |
Telah tiada orang Sabah yang layak ke? |
UMS memerlukan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang mengetahui hal-hal politik dan budaya negeri Sabah. Lantaran itu kalau Naib Canselor melakukan kesilapan melantik pegawainya yang Pro PAS sepatutnya Pengerusi Lembaga Pengarah jika menjadi isu negeri akan memberi nasihat kepada Naib Canselor.
Naib Canselor bukan jawatan turun temurun. Dan ia bukan milik sesetengah kumpulan yang suka berdendam. Menggunakan pengaruh Pengerusi LPU untuk menyambung jawatan sebagai Naib Canselor adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.
Tan Sri Muhyiddin Menteri Pendidikan mesti melihat isu Sabah secara meluas. Bukan sewenangnya untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau suka.
Puak-puak The King Maker mengintai tempat
Baru sahaja Prof Datuk Dr Harun Abdullah disambung sebagai VC UMS selama 2 tahun. Puak-puak King Maker yang sekarang Pemangku Pendaftar sudah berangan-angan mimpi untuk menjadi pendaftar.
Untuk pengetahuan Prof Datuk Harun semasa Tan Sri Abu Hassan Othman, Datuk Seri Panglima Noh Dalimin dan Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon sebagai Naib Canselor puak-puak inilah yang mengadu domba dibelakang sebelum mendapat kedudukan sekarang untuk membalas dendam.
Paling ketara semasa Dato Noh Dalimin dan Prof Datuk Kamaruzaman sikap mereka yang anti bos sangat dalam. Mereka melagakan orang atasan dan melobi sana-sini untuk menyatakan Naib Canselor mereka buruk!
Sekarang semasa Prof Harun menjadi VC mereka menjilat rapat sampai ke tulang pada Prof Harun. Prof Harun sahaja mungkin tidak nampak. Prof Harun bakal jadi boneka mereka.
Jadi kerana dah disambung sebagai Naib Canselor UMS ini Prof Harun mesti sedar siapa penasihat dan dengan siapa dia berurusan. Jangan nanti bila terhantuk baru tengadah. Prof Dr Harun selamat disaat akhir jika tidak telah dimasukkan dalam bakul sampah.
No comments:
Post a Comment