Monday, 22 June 2015

TAN SRI MUHYIDDIN GAGAH KRITIK PM NAJIB HAL IMDB TAPI GAGAL DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN?


Berdegar-degar hal IMDB tetapi kosong di KPM

Begitu hebat Tan Sri Muhyiddin ni. Digelar wira dan disambut oleh penyokongnya di Lapangan Terbang KLIA sebagai hero yang berani kerana mengkritik Mohd Najib PM dalam isu-isu IMDB. Video kritikannya kepada Najib PM 'viral' dengan cepat dan ramailah beranggapan Muhyiddinlah bakal PM nanti.

Dakwan KP JASA dan MT ni nampaknya adalah betul mengenai Tan Sri. Tan Sri bukan kisah pun

Namun Muhyiddin ni bukanlah jenis pemimpin sejati hanya sekadar lalang dan pemimpin tarik "Handbrake". Beliau pun bukan jenis ada telur. Jenis cakap tidak serupa bikin. Lantang pada IMDB tetapi sangat lemah pada pengurusan Kementerian Pendidikannya.

Lihatlah Flip Flopnya. Mansuhkan penggunaan BI dalam Matematik Sains (PPMSI) tetapi mewajibkan BI di peringkat IPT. Begitu juga isu Fahmi Zainol dan juga beberapa pelantikan Naib Canselor IPT yang pro pembangkang. Muhyiddin bukanlah seorang yang jenis kisah.Sekali lagi memang tidak kisah! 


Terbaru hanya kerana bekas saranan bekas seorang Hakim yang bukan tahu semua hal UMS untuk mengekalkan Naib Canselor UMS akhirnya Tan Sri akur dan menyambung khidmat  Naib Canselor UMS Prof Datuk Harun Abdullah sebagai VC UMS untuk 2 tahun lagi. Beliau ternyata lupa dengan sejarah orang tua ini pernah melantik Dr Aliakbar Gulasan AJK PAS Pusat / YDP Pas Sepanggar Sabah sebagai Pengarah Pusat Alumni UMS dan selepas ditegur beliau tarik pelantikan itu hanya kerana kecaman pihak luar. Bayangkan kalau semua berdiam? Pelbagai laporan telah dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin tetapi muhyiddin ini nampak sekali lagi tidak mengambil kisah. Apa bekas hakim ini mengambil kisah hal-hal politik sedemikian? mereka bukan kisah kerana bukan dalam bidang mereka. 


Lupa betapa Naib Canselor sekarang amat tidak disenangi oleh pejabat YAB Ketua Menteri Sabah. Apakah Tan Sri Muhyiddin sengaja berperang dengan kumpulan YAB Musa Aman yang jelas menyokong YAB PM Mohd Najib?


Teguran dari media sosial

Tan Sri Muhyiddin buta ke apabila Puak-puak PKR (The King Maker) dijadikan sebagai Pemangku Pendaftar dan Pegawai Khas Naib Canselor. Prof Harun pula adalah ketua universiti yang dijadikan alat oleh puak-puak PKR ini. Lihat sahaja beliau yang terpaksa mengikut saranan penasihatnya yang terbukti sejak Naib Canselor Tan Sri Abu Hassan Othman (VC Pertama), Datuk Noh Dalimin (VC Kedua) dan Prof Datuk Kamaruzaman (VC ketiga). Mereka ini mengadu domba ke hulur ke hilir berjumpa ramai orang untuk menyingkir Naib Canselor yang berkuasa ini. Sekarang tugas mereka di Zaman Prof Harun ialah membuang dan menyingkir semua pegawai yang pro kerajaan di UMS.Pensyarah yang sokong kerajaan tidak dinaikkan pangkat semua mereka beri jawatan kanan kepada pensyarah pro kerajaan. Siapa rugi apabila Prof Harun Naib Canselor UMS  ini melantik orang-orang Pas dan PKR dalam post strategik?


Jadi Tan Sri Muhyiddin TPM menyoal PM Najib hal IMDB hanya kerana isu peribadi. Beliau tidak berminat dengan hal -hal perkaderan universiti dan survival kerajaan BN di universiti. Beliau hanya bercakap besar dan meraih sokongan dengan isu IMDB tetapi "Hampeh"!.

Lu Langsi Lu mana boleh jadi PM!


Nantikan pendedahan seterusnya lebih panas. Untuk Tan Sri Muhyiddin dan Prof Harun UMS. Biar KPM buka mata siapa mereka ini!

No comments:

Post a Comment