Wednesday, 24 June 2015

ORANG SABAH SUDAH TIDAK LAYAK JADI PENGERUSI LPU UMS? PUAK PENASIHAT INTAI KEDUDUKAN


Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh semasa Pengerusi LPU sebagai orang Sabah bertindak cemerlang. Jadi tidak jadi isu kelayakan orang-orang Sabah.


Kerajaan BN di Sabah dengan segala usaha menjadikan warga Sabah yang berkelayakan sebagai Ketua Jabatan di jabatan kerajaan di Sabah.

Perkara 20 dan manifesto BN Sabah jelas memberi keutamaan kepada orang Sabah. Namun UMS secara kebelakang apabila Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sejak 26 Januari 1995 dan mengakhiri perkhidmatannya bersama UMS pada 22 April 2013 digantikan dengan YABhg. Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi bekas Ketua Hakim Negara. Bukan bersifat Rasis cuma bertanya adakah sudah tidak ada lagi orang dari Sabah yang layak menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS? Kenapa Prof Datuk Dr Harun mencadangkan orang luar? tentu dia ada jawapannya. 

Musa Aman mesti sedar!. 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor tidak mungkin tidak perasan perkara ini. 

Telah tiada orang Sabah yang layak ke?


UMS memerlukan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang mengetahui hal-hal politik dan budaya negeri Sabah. Lantaran itu kalau Naib Canselor melakukan kesilapan melantik pegawainya yang Pro PAS sepatutnya Pengerusi Lembaga Pengarah jika menjadi isu negeri akan memberi nasihat kepada Naib Canselor. 

Naib Canselor bukan jawatan turun temurun. Dan ia bukan milik sesetengah kumpulan yang suka berdendam. Menggunakan pengaruh Pengerusi LPU untuk menyambung jawatan sebagai Naib Canselor adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. 

Tan Sri Muhyiddin Menteri Pendidikan mesti melihat isu Sabah secara meluas. Bukan sewenangnya untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau suka.

Puak-puak The King Maker mengintai tempat

Baru sahaja Prof Datuk Dr Harun Abdullah disambung sebagai VC UMS selama 2 tahun. Puak-puak King Maker yang sekarang Pemangku Pendaftar sudah berangan-angan mimpi untuk menjadi pendaftar.

Untuk pengetahuan Prof Datuk Harun semasa Tan Sri Abu Hassan Othman, Datuk Seri Panglima Noh Dalimin dan Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon sebagai Naib Canselor puak-puak inilah yang mengadu domba dibelakang sebelum mendapat kedudukan sekarang untuk membalas dendam.

Paling ketara semasa Dato Noh Dalimin dan Prof Datuk Kamaruzaman sikap mereka yang anti bos sangat dalam. Mereka melagakan orang atasan dan melobi sana-sini untuk menyatakan Naib Canselor mereka buruk!

Sekarang semasa Prof Harun menjadi VC mereka menjilat rapat sampai ke tulang pada Prof Harun. Prof Harun sahaja mungkin tidak nampak. Prof Harun bakal jadi boneka mereka. 

Jadi kerana dah disambung sebagai Naib Canselor UMS ini Prof Harun mesti sedar siapa penasihat dan dengan siapa dia berurusan. Jangan nanti bila terhantuk baru tengadah. Prof Dr Harun selamat disaat akhir jika tidak telah dimasukkan dalam bakul sampah. 

Monday, 22 June 2015

TAN SRI MUHYIDDIN GAGAH KRITIK PM NAJIB HAL IMDB TAPI GAGAL DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN?


Berdegar-degar hal IMDB tetapi kosong di KPM

Begitu hebat Tan Sri Muhyiddin ni. Digelar wira dan disambut oleh penyokongnya di Lapangan Terbang KLIA sebagai hero yang berani kerana mengkritik Mohd Najib PM dalam isu-isu IMDB. Video kritikannya kepada Najib PM 'viral' dengan cepat dan ramailah beranggapan Muhyiddinlah bakal PM nanti.

Dakwan KP JASA dan MT ni nampaknya adalah betul mengenai Tan Sri. Tan Sri bukan kisah pun

Namun Muhyiddin ni bukanlah jenis pemimpin sejati hanya sekadar lalang dan pemimpin tarik "Handbrake". Beliau pun bukan jenis ada telur. Jenis cakap tidak serupa bikin. Lantang pada IMDB tetapi sangat lemah pada pengurusan Kementerian Pendidikannya.

Lihatlah Flip Flopnya. Mansuhkan penggunaan BI dalam Matematik Sains (PPMSI) tetapi mewajibkan BI di peringkat IPT. Begitu juga isu Fahmi Zainol dan juga beberapa pelantikan Naib Canselor IPT yang pro pembangkang. Muhyiddin bukanlah seorang yang jenis kisah.Sekali lagi memang tidak kisah! 


Terbaru hanya kerana bekas saranan bekas seorang Hakim yang bukan tahu semua hal UMS untuk mengekalkan Naib Canselor UMS akhirnya Tan Sri akur dan menyambung khidmat  Naib Canselor UMS Prof Datuk Harun Abdullah sebagai VC UMS untuk 2 tahun lagi. Beliau ternyata lupa dengan sejarah orang tua ini pernah melantik Dr Aliakbar Gulasan AJK PAS Pusat / YDP Pas Sepanggar Sabah sebagai Pengarah Pusat Alumni UMS dan selepas ditegur beliau tarik pelantikan itu hanya kerana kecaman pihak luar. Bayangkan kalau semua berdiam? Pelbagai laporan telah dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin tetapi muhyiddin ini nampak sekali lagi tidak mengambil kisah. Apa bekas hakim ini mengambil kisah hal-hal politik sedemikian? mereka bukan kisah kerana bukan dalam bidang mereka. 


Lupa betapa Naib Canselor sekarang amat tidak disenangi oleh pejabat YAB Ketua Menteri Sabah. Apakah Tan Sri Muhyiddin sengaja berperang dengan kumpulan YAB Musa Aman yang jelas menyokong YAB PM Mohd Najib?


Teguran dari media sosial

Tan Sri Muhyiddin buta ke apabila Puak-puak PKR (The King Maker) dijadikan sebagai Pemangku Pendaftar dan Pegawai Khas Naib Canselor. Prof Harun pula adalah ketua universiti yang dijadikan alat oleh puak-puak PKR ini. Lihat sahaja beliau yang terpaksa mengikut saranan penasihatnya yang terbukti sejak Naib Canselor Tan Sri Abu Hassan Othman (VC Pertama), Datuk Noh Dalimin (VC Kedua) dan Prof Datuk Kamaruzaman (VC ketiga). Mereka ini mengadu domba ke hulur ke hilir berjumpa ramai orang untuk menyingkir Naib Canselor yang berkuasa ini. Sekarang tugas mereka di Zaman Prof Harun ialah membuang dan menyingkir semua pegawai yang pro kerajaan di UMS.Pensyarah yang sokong kerajaan tidak dinaikkan pangkat semua mereka beri jawatan kanan kepada pensyarah pro kerajaan. Siapa rugi apabila Prof Harun Naib Canselor UMS  ini melantik orang-orang Pas dan PKR dalam post strategik?


Jadi Tan Sri Muhyiddin TPM menyoal PM Najib hal IMDB hanya kerana isu peribadi. Beliau tidak berminat dengan hal -hal perkaderan universiti dan survival kerajaan BN di universiti. Beliau hanya bercakap besar dan meraih sokongan dengan isu IMDB tetapi "Hampeh"!.

Lu Langsi Lu mana boleh jadi PM!


Nantikan pendedahan seterusnya lebih panas. Untuk Tan Sri Muhyiddin dan Prof Harun UMS. Biar KPM buka mata siapa mereka ini!

Wednesday, 17 June 2015

Gerakan "King Maker" lantik Naib Canselor UMS!



King Maker Movement! 
3 calon Naib Canselor UMS yang ditemuduga; 
1) Prof Dr Datuk Harun Abdullah 


2) Prof Madya Datuk Dr Kasim Mansor ( Mantan TNC HEP UMS)

3) Prof Dr Shahril Yusof

TNC Penyelidikan & Inovasi

Selepas Prof Datuk Dr Harun Abdullah sehingga tarikh 17hb Jun belum menerima surat sambungan perkhidmatan sebagai Naib Canselor UMS, Gerakan pelobi NC UMS "King Maker" yang terdiri dari  


- No'man Datuk Hj Ahmad  ( Ketua Canselori) Pro PKR / Syiah

- Lokman Abdul Samad ( Pegawai Khas VC) Pro PKR sejak pensyarah lagi


Nampaknya mereka tidak berputus asa sehingga saat ini.

King Maker ?


Sumber maklumat diperolehi Team NC Datuk Harun melobi menggunakan pengaruh seorang Hakim yang boleh melobi kepada PM, TPM dan Menteri Pendidikan. Ini bakal menjejaskan kerajaan jika terdedah kerana seorang Hakim sedang bermain api!

Dalam masa sama gerakan King Maker menggerakkan calon "alternatif" iaitu Prof Shahril Yusof TNC Penyelidikan & Inovasi sebagai calon ganti jika Datuk Harun tidak disambung. Prof Shahril Yusof hanya doktor perubatan tiada memiliki PHD dan berasal dari Negeri Sembilan. YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah tentu tidak akan berkenaan jika Naib Canselor UMS orang luar.

Selepas King Maker gagal menyusun Dr Aliakbar Gulasan Pensyarah UMS PesuruhJaya PAS Sepanggar / AJK PAS Pusat sebagai pengarah alumni UMS ( untuk menguasai badan terbesar UMS itu) maka mereka perlu menyusun seorang individu yang boleh diperalatkan oleh mereka jika Prof Dr Harun tidak berjaya.

Mereka risau gerakan penguasaan pembangkang di UMS akan dibersihkan sekiranya Prof Madya Dr Kasim Mansor berkuasa sebagai Naib Canselor. Alasan perbalahan antara Datuk Harun dan Datuk Dr Kasim hanya sebagai alasan untuk mengaburi gerakan "King Maker" ini. Jadi gerakan mereka melobi dua calon yang boleh diperalatkan mesti dijayakan.

Jika kerajaan tidak menyedari lagi hancurlah UMS selepas ini.


HEBAT UMS! ADA AJK PAS PUSAT