Monday, 13 February 2017

Naib Canselor UMS bawa pemimpin Dewan Ulamak PAS masuk kampus simbolik bermula pengajian Islam di UMS?




Orang PAS di mana-mana mereka akan kekal dengan PAS. Duduklah di bank mana-mana sekalipun.
Jika tidak pun akan jadi Parti Amanah (PAN)

Di bawah Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah pemimpin Pembangkang diberi peluang aktif di dalam kampus UMS. Harun tidak pernah untuk serik. Dia tidak pernah menyemak siapa dia bawa dan siapa dia lantik. Dulu melantik pemimpin PAS Ali Akhbar Gulasan sebagai Pengarah, membiarkan pemimpin PKR aktif, kini usaha membawa Ustaz Mohd Nazri  Chik bekas AJK Dewan Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS yang berlindung dibalik jawatannya Ketua Pegawai Syariah BIMB Holdings Berhad masuk dan  berucap di Dewan Seminar Anjung Siswa pada 17 Februari 2017 sempena Karnival Cinta Rasul UMS.


Cara halus bawa pembangkang masuk UMS. 

Umum mengetahui Presiden PMIUM merupakan hasil perkaderan PAS sejak sekian lama. Lahir dari program Baiah dan usrah PAS. Ustaz Mohdd Ramadhan Fitri Elias Presiden MPPUM selaku Presiden PMIUM tahun 2003-2005 kini Naib Presiden Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Shariah Maybank Islamic yang juga bekas AJK Dewan Pemuda PAS 2009-2011 namun tewas dalam PAS apabila menyertai pasukan Parti Amanah. Seorang lagi Presiden GAMIS dan PMIUM terkenal ialah Zaharuddin Abd Rahman yang kini eksekutif Shariah Exim Bank. Izwan Yusuf kini sebagai Pegawai JAKIM. 



Gunakan jawatan Bank untuk gerakan pembangkang

Jika inilah antara tujuan kewujudan Sarjana Muda Pendasaran Islam Dengan Kepujian (HI15) dibawah 
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan yang menyebabkan UMS perlahan-lahan tidak dapat membendung gerakan pembangkang di kampus tidak mustahil suatu hari ini UMS juga bakal menjadi seperti UM kilang pembangkang. Melihat cara Naib Canselor UMS yang tidak ambil kisah ini UMS sedang berdepan dengan masalah pengurusan universiti yang celaru dan hanya mengutamakan kepentingan jawatan. Sanggup memberi jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS kepada Tun Zaki seolah-olah tiada orang Sabah yang sesuai menjadi Pengerusi. Kenapa? sebab hendak kekal agar Harun Abdullah disokong oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. Ini sangat tidak sihat. Mudah diserang oleh parti-parti tempatan di Sabah yang berjuang "Sabah for Sabahan"! Kenapa hendak beri ruang orang menyerang?


Tidak mungkin UMS tidak menyemak siapa yang masuk berceramah di dalam kampus? Apakah kerana Pesuruhjaya PAS Sepanggar Dr Ali Akhbar Gulasan yang juga AJK Pas Pusat maka penceramah yang berlindung dibalik jawatan Bank jelas pemimpin PAS di bawa masuk ke UMS. Telah tiada lagi ke penceramah Islam mengenai kewangan berlandaskan Syariah di negara ini? Hanya Nazri Chik sahaja ke yang tinggal? Karnival berasaskan Islam je maka panggil orang PAS berceramah. 

Lihat sahaja program Hari Raya Korban pun hendak bawa masuk pemimpin PKR dalam UMS. Telah tiada lagi ke penceramah sesuai di Sabah atau UMS itu? Jangan terlalu banyak beri ruang dan peluang kelak UMS juga yang susah nanti.




Kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan pemimpin utama Negeri Sabah semoga dapat membuka mata. Sudah tiba masanya kepimpinan pengurusan UMS ditukar sepenuhnya. Jangan terhantuk baru tengadah. Buruk padahnya!

Sunday, 25 September 2016

Gempar! UMS Jadi Lubuk Pembangkang, Harun Abdullah Naib Canselor UMS tidak wajar disambung kontrak lagi!



MUHAMMAD ASHRAFF NAZRIN BIN NOOR AZMAN ceroboh agar UiTM Seri Iskandar. Kes polis. Demo Tangkap MO1 di Kota Kinabalu - 
Mukmin Nantang, Presiden Kelab Sasterawan Mahasiswa (KARMA).


Nampaknya Harun Abdullah Naib Canselor UMS ni jenis lepas tangan, pandang mudah dan tidak belajar dari kesilapan lalu. Beliau hanya kelihatan serius bertindak ketika kontrak perkhidmatan mahu tamat. Namun tahun depan 2017 kontrak beliau akan tamat maka bermulalah usaha lobi dan kerja kerasnya.

Entahlah apa yang dilihat oleh Tan Sri Muhyiddin dahulu. Harapnya Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki bekas hakim orang semenanjung ini tidak lagi melobi secara gila-gila Harun Abdullah ini. Kerajaan Negeri sepatutnya tidak
memberi orang luar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS. Bagilah peluang kepada orang tempatan. Tiada lagi orang Sabah yang layak ke?

Naib Canselor UMS sekarang adalah lantikan dan pilihan Muhyiddin. Jadi tidak hairanlah jika beliau jenis makan kiri kanan. Kerajaan pun makan, pembangkang pun makan. 

Tahun 2014 kesalahan terbesar Harun ialah melantik Ali Akbar Gulasan Pesuruh Jaya PAS Sepanggar sebagai Pengarah Alumni UMS. Beliau sedar dan mengaku kesilapan itu dan menggantikan pegawai itu. Adakah beliau insaf?

Beliau memang jenis tak kisah pada pelajarnya. Baginya pindaan AUKU 1971 (2012) adalah ruang membiarkan mahasiswa UMS berpatipasi di luar bersama pembangkang. Kesan penularan dianggap biasa.


Fakta lain 20 Ogos mahasiswa yang terlibat dalam demo TangkapMO1 di UiTM Seri Iskandar Perak sehingga menceroboh memanjat pagar melibatkan mahasiswa UMS KAL iaitu;

MUHAMMAD ASHRAFF NAZRIN BIN NOOR AZMAN
940209-10-6601
Pelajar UMS
Beralamat di No 43 Jalan BSE 4/28, Bandar Seri Ehwal, 42700 Banting, Selangor 

Kes ini menjadi kes polis. Tidak berhenti disitu sahaja demo Mahasiswa Tangkap MO1 di Sogo dan Dataran Merdeka pada serta di Bandaraya Kota Kinabalu pada 27 Ogos turut melibatkan mahasiswa UMS iaitu Mukmin Nantang, Presiden Kelab Sasterawan Mahasiswa (KARMA). Apa agaknya tindakan UMS?

Terbaru sempena perayaan Aidiladha UMS menjemput Abd Rahman Yakub calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dun Lumadan ke Fakulti Perubatan UMS. isunya dah tiada lagi ke orang lain? Orang yang kerjanya dalam Facebook mengutuk dan mengecam kerajaan dipanggil dalam UMS. Untuk apa? 

Hebat UMS

UMS dah boleh panggil pemimpin pembangkang ke dalam kampus? jadi kena korbanlah UMS?

Kepekaaan Naib Canselor UMS yang terhebat



Jenis penceramah mengutuk kerajaan ni ke UMS panggil? apa tujuan UMS?

Nanti bila dah jadi isu, Naib Canselor akan jawab. Ini semua salah pegawai saya. Saya pun tidak tahu. Kita nantikan.

Idris Jusoh Menteri KPT nak tengok sahajakah? Baik Idris Jusoh jangan sambung. Ranking Universiti pun UMS beli dari QS World Ranking. 


Tuesday, 9 February 2016

HARUN NAIB CANSELOR TIDAK PEKA ISU ATAU ADA KRONI YTL DI UMS?




KISAH YTL POWER DAN FRANCIS YEOH

"  Ironi berkenaan YTL Power ini adalah Yeoh cuba mencetuskan kontroversi dalam usaha beliau kononnya menentang kronisme di siri Forum Malaysia Global anjuran PEMANDU yang bertempat Suruhanjaya Sekuriti tahun lepas sedangkan beliaulah kroni sebenar ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir."
Sumber Video:  MalayMail online

Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib perlu dilihat dan dibandingkan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 2003 apabila apa yang beliau kritik sekarang tidak pula dilakukannya pada masa dahulu.
Sekarang beliau berbicara mengenai perjanjian yang melibatkan kerajaan yang beliau dakwa tidak begitu telus dan kabur sedangkan beliau secara tidak langsung menikmati dan menaungi perjanjian sedemikian dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai ketua kerajaan Malaysia.
Ambil contoh pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menikmati layanan yang begitu istimewa dari kerajaan iaitu dari bekas Perdana Menteri itu sendiri di mana perjanjian pembelian tenaga (PPA) semuanya dilaksanakan ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Ambil kes yang melibatkan YTL Power Generation Sdn Berhad, di mana pemiliknya Tan Sri Francis Yeoh diketahui sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir sehingga beliau memperolehi perjanjian PPA yang sangat menguntungkan. Menurut Allahyarham Tan Sri Ani Arope, TNB pada ketika itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan ini boleh menjana pada 17 sen seunit (kWh).
Tetapi IPP telah menghasilkan eletrik pada kadar 23 sen seunit (kWh) dan TNB terpaksa mengenakan kadar tidak kurang 30 sen seunit (kWh) kepada pengguna.
Untuk lihat berapa keuntungan yang dijana IPP pada tahun 2010, YTL Power Generation Sdn Bhd dilaporkan mencatat keuntungan RM1.6 bilion dari pendapatan berjumlah RM13 bilion (Perjanjian Pembelian Tenaga YTL dengan kerajaan yang akan tamat pada 30 September tahun ini dan tiada khabar ianya akan disambung).
Ani, di dalam bukunya, Memoirs of Tan Sri Ani Arope, menyebut tentang bagaimana pentadbiran Mahathir memaksa idea IPP ini terhadap Tenaga Nasional Berhad ketika Allahyarham Tan Sri Ani menjadi pengerusi eksekutifnya. Badan tenaga kebangsaan itu terpaksa menerima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Unit Perancangan Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai-pegawai senior di bawah Ani terkejut melihat perjanjian itu kerana mereka akan mengalami lebih banyak rugi dari untung kerana perjanjian itu jelas lebih menguntungkan IPP.
Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI) itu enggan menurut permintaan dan tuntutan EPU dan dipecat secara tidak terhormat.
Tiada siapa di dalam kerajaan ingin bekerjasama dengan beliau lagi, lebih-lebih lagi dengan pengaruh Mahathir yang cukup besar ketika itu. Tan Sri Ani terpaksa bekerja di dalam situasi pengaruh asing yang mengiktiraf bakat dan pengalamannya selepas itu.
Penulis Kinibiz P.Gunaseram, di dalam satu penulisannya tahun lepas, menceritakan bagaimana perjanjian pembelian tenaga yang pertama sangat menguntungkan YTL Power, dimana harga tenaga elektrik telah ditetapkan oleh satu kadar dalaman yang memberikan pulangan sekurang-kurangnya 16%.
Akhirnya, nilai yang berjaya diperolehi oleh YTL Power adalah 14%, paling tinggi antara semua IPP.
“Jika projek itu distruktur di dalam bentuk 20% ekuiti dan 80% selebihnya dibiayai melalui hutang dan jika kita anggap kadar faedah adalah 7.5% (sekarang lebih rendah), pengiraan akan menunjukkan pulangan semula ekuiti itu adalah sekurang-kurangnya 50%. Di dalam masa 2 tahun, anda sudah mendapat semula pulangan pelaburan ekuiti anda!” katanya.
Inilah caranya Tun Dr Mahathir berurusan dengan duit rakyat apabila beliau menjadi pembuat keputusan tertinggi negara untuk tempoh lebih dari 2 dekad dan kesemuanya dibuat mengikut caranya.
Beliau, hari ini, mungkin akan menafikan bahawa beliau pernah berbuat demikian dan bertegas beliau telah mengikuti semua prinsip demokrasi dan kesemua orang berhak memberikan pandangan ketika membuat keputusan di bawah pentadbirannya. Hakikat sebenarnya adalah tiada siapa pun yang berani membantah dan menentang apa yang Tun Dr Mahathir buat ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Yang  ironi berkenaan YTL Power ini adalah Yeoh cuba mencetuskan kontroversi dalam usaha beliau kononnya menentang kronisme di siri Forum Malaysia Global anjuran PEMANDU yang bertempat Suruhanjaya Sekuriti tahun lepas sedangkan beliaulah kroni sebenar ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Untuk rekod, punca beliau bertindak sedemikian adalah disebabkan kegagalan beliau memperolehi kontrak untuk Trek 3B dan dan projek janakuasa bebas 2000 MW di Jimah, Negeri Sembilan.
Dan itulah kisah YTL Power dan Yeoh.

MT UMNO BIDAS YTL
Kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang mahu Malaysia bebas daripada halangan kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama disifatkan sebagai kenyataan orang yang bercakap besar.
Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang turut melihat desakan itu sebagai angkuh serta seolah-olah tiada kesungguhan kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya  menyiarkan berita bertajuk “ FRANCIS YEOH DIBIDAS” sebagai tajuk utamanya kerana mengeluarkan kenyataan sindir kerajaan walaupun YTL dapat banyak projek.
Laporan tersebut menyebut ,  Puad dipetik berkata apa yang menjadi masalah adalah terdapat syarikat gergasi yang menjadi ‘duri dalam daging’ kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan integriti.
Walaupun akhirnya Francis Yeoh meminta maaf kononnya ramai salah tafsir mengenai kenyataannya. 

SIKAP KORPORAT BESAR YANG MENDAPAT KONTRAK KERAJAAN
Mereka bercakap mengikut kehendak yang mereka mahu seolah-olah mereka tidak pernah mendapat projek kerajaan secara rundingan terus. Malah mendabik dada mengatakan projek luar negara mereka yang besar serta menguntungkan.
Sindiran tajam Francis Yeoh Pengarah kumpulan YTL mengenai kroni mengundang polemik yang besar kepada pentadbiran PM Najib. Apakah ini  minda taikun korporat besar? baling batu kemudian meminta maaf. 

KERAJAAN YANG PEMAAF!


Sejak dahulu kita melihat pemimpin UMNO berkobar marah tetapi selepas sahaja Francis Yeoh meminta maaf seolah-olah kritikan dan sindiran kepada kerajaan sudah dimaafkan. Jika syarikat itu memberikan CSR sahaja maka bertambahlah tertutupnya kemarahan itu. Buktinya lilhat sahaja dengan kumpulan YTL. Mereka tetap mendapat projek Bestari Net berbilion ringgit malah projek kerajaan yang lain. 
Ditulis, dikritik dalam pelbagai media sekalipun pengasas YTL tetap mendapat nikmat dilantik sebagai Pro Canselor UMS. Ya kerana YTL memberikan dana CSR serta projek di UMS. 

APA KEPENTINGAN NAIB CANSELOR UMS DENGAN KUMPULAN YTL? MUNGKINKAH INI?

APA jadi dengan 4G di UMS ini?

Yalah ada sumbangan kan......tak apa UMS tetap guna juga


Apapun tahniahlah pada Naib Canselor UMS yang dah setahun disambung. Tinggal setahun lagi. 


Apa nak hairan semasa lantik YDP PAS Sepanggar sebagai pengarah Alumni UMS pun dia tak pernah teliti. Malah pegawai tukang jilat hurung dia macam bangkai. Dah isu baru merangkak. Biarlah kita tengok setakat mana mereka bertahan.



lain-lain artikel berkaitan:

SIAPA INDIVIDU YANG MENJAHANAMKAN PERJANJIAN TIDAK ADIL ANTARA YTL DAN TNB?

Sunday, 2 August 2015

KONTROVERSI NAIB CANSELOR UMS: PELANTIKAN PENGERUSI YTL SEBAGAI PRO CANSELOR UMS DAN MENUKAR PENGERUSI PLU ASAL SABAH KEPADA TUN ZAKI!

ROMBAKAN UNIVERSITI AWAM: NAIB CANSELOR UMS DAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMS BAKAL DITUKAR?


Kita buka artikel ini dengan Agenda Mesyuarat Lembaga Pengarah UMS Kali ke 67. Selepas Datuk Dr Harun dilantik semula sebagai Naib Canselor beliau telah mengangkat "pegawai Lalang" sejak zaman Datuk  Noh Dalimin sebagai Pendaftar. Melantik semula Dr Shahril sebagai TNC (R&D), melantik semula Tan Sri Yeoh Tiong Lay Pengerusi YTL sebagai Pro Canselor (walaupun ada isu kumpulan YTL sebelum ini dengan kerajaan), melantik semula anggota jawatankuasa LPU serta Pengerusi LPU Tun Zaki Tun Azmi. Balas budi?

Jika mahu UMS maju: Tamatkan Kontrak Naib Canselor UMS, Tun Zaki Pengerusi Lembaga Pengarah UMS dan Tan Sri Dato Seri Yeoh Tiong Lay Pro Canselor UMS


Go Dato' Seri Idris Jusoh: Harap Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan Dato Halim lebih berfungsi. Bukan sebelum ini pasif dan buat tidak tahu mengenai Universiti. Dulu bersaing dengan Dato Marzuki SUPOL Menteri Pendidikan kini sejak kementerian kembali menjadi Menteri Pendidikan Tinggi tiada alasan

Dengan terpisahnya semula Kementerian Pendidikan dengan Pengajian Tinggi kita berharap kerajaan tidak melakukan lagi kesilapan yang berulang. Tahniah kepada  Dato' Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru kesilapan YB Tan Sri Muhyiddin Yasin bekas Menteri Pendidikan itu tidak wajar di ulangi.

Acuh tak kisah kepada kementerian menyebabkan urusan kementerian khususnya Institusi Pendidikan Tinggi terabai. Lebih teruk dari bawah  era Dato’ Seri Khaled Nordin semasa Menteri Pengajian Tinggi.

Idris Jusoh tidak boleh lagi melakukan kesilapan sebagaimana Tan Sri Muhyiddin. Lihatlah nasib Tan Sri Muhyiddin. Penyambungan kontrak Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah disaat akhir selama dua tahun adalah satu kesilapan besar.

Buktinya UMS lihat sahaja betapa hancurnya UMS bila Naib Canselornya jenis tak kisah. Pelbagai laporan dibuat kepada YB Tan Sri Muhyiddin tetapi tetap tidak ambil tindakan malah diakhir tamatnya kontrak Prof Datuk Dr Harun Abdullah bulan Jun lalu dengan pengaruh Tun Zaki Tun Tun Azmi (Pengerusi Lembaga UMS) tetap juga disambung oleh Tan Sri Muhyiddin.

Bukti Laporan dihantar kepada Menteri. Apa Menteri Pendidikan lakukan ketika itu?.Telah dibakul sampahkan malah ketika kontrak tamat Menteri Pendidikan telah menyambungnya.

Isu UMSKAL, Pelantikan YDP PAS Sepangggar sebagai Pengarah Alumni UMS dan kunjungan UMSKAL ke pejabat DAP

UMSKAL lubuk pembangkang di kampus. Berapa banyak gerakan GAMIS di kampus UMS semasa Prof Datuk Dr Harun Abdullah sebagai Naib Canselor? Video dan berita bergambar sangat banyak. Satu darinya https://youtu.be/IBzXEmLot8A


Mengapa agaknya Gerakan mahasiswa pembangkang UMS aktif? lebih aktif dan sudah setanding UM dan UKM

Sebab apa kerana Pengurusan UMS tidak peduli pun gerakan pembangkang yang wujud di kampus. Hanya bila ada tekanan politik barulah sibuk mengambil tindakan.

Lihat sahaja semasa isu pelantikan YDP Pas Sepanggar sebagai Pengarah Alumni UMS. Sangat terang lagi bersuluh salah tiada pun Prof Harun meminta maaf. Malah berbuat bodoh macam biasa. Tapi kerana ada Muhyiddin di nasihat salah maka kekallah Prof Dr Harun ini.



ALIAKHBAR: Nasiblah pelantikan YDP PAS Sepanggar (AJK Pusat) di batalkan selepas menjadi isu. Jika tidak mungkin senyap sahaja.

Begitu juga kes  UMSKAL tahun 2015 tidak lama beliau disambung kontrak menunjukkan kepada mereka betapa lemahnya Naib Canselor UMS itu. Berbangga dengan kunjungan ke pejabat DAP. Pejabat Naib Canselor UMS pun mereka tak datang lagi berkunjung. Apa maksudnya? Prof Dr Harun ini lemah.

Terbaru.: ISU UMS KAL tidak pernah berhenti. Sebab UMS tidak kisah. Kalau boleh lantik Pengarah orang PAS. Apa Naib Canselor kisah jika mahasiswanya bersama DAP

Mendengar nasihat Lokman Abd Samad dan No’ Man Hj Ahmad inillah jadinya. Sehingga ke hari ini apa tindakan Naib Canselor UMS? TNC HEP pro Naib Canselor apa kerjanya?


Menteri Pendidikan Tinggi baru : tukarlah Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS itu.

Janganlah mengulangi kesilapan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan. Bertindak tegas. Kalau boleh carilah Naib Canselor yang boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah. Kalau boleh janganlah lantik Pengerusi LPU UMS seperti Tun Zaki. Carilah orang negeri Sabah yang layak. Tak kan tiadaPengerusi LPU dari Sabah yang layak. Sabah Fix deposit tapi lantik Pengerusi LPU orang luar. Ia sangat tidak kena. Tak akan tiada yang layak. Tun Zaki amat tidak sesuai di UMS. Berilah dia jawatan di tempat lain. Carilah yang memahami mengenai Negeri Sabah, aspirasi orang Sabah.  Bukan main tangkap muat dan boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Naib Canselor UMS sahaja. Gunalah kuasa Menteri.  Zaman Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah dulu UMS tetap gemilang. Bukan rasis atau sentimen tetapi tidak kena dengan masa kerajaan sekarang khususnya di Negeri Sabah. Tindakan terkebelakang untuk menghargai penghargaan pengundi Sabah.




AUKU Pindaan 2009: Menteri melantik Naib Canselor. Kalau ada 3 calon dan 1 dah jelas salah laku kenapa nak ikut Jawatankuasa Penasihat Menteri? 


Begitu juga kuasa melantik LPU. Kalau Naib Canselor menghantar nama LPU mengapa tidak menyemak terlebih dahulu individu? 



Lihat Fungsi LPU seperti dalam AUKU pindaan 2009. Apakah LPU UMS berjaya?

Kenapa nak kekalkan Tan Sri Dato' Seri Yeoh Teong Lay (YTL)? 

Sekian lama Yeoh Teong Lay berada di UMS tak akan tiada orang lain? Kalau Pengerusi lama Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah boleh ditukar mengapa pula kumpulan YTL yang banyak berkontroversi dengan Kerajaan dan YAB PM di kekalkan? Tak kan Prof Datuk Dr Harun sebagai Naib Canselor tidak terfikir semua tu? 





Apakah kejayaan Prof Dr Harun (Naib Canselor) dan Tun Zaki?

SenaraiRanking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Tapi di mana UMS?
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
1.     Universiti Malaya (UM) – IPTA
2.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA
3.     Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA
4.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA
5.     Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA
6.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
7.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA
8.     Universiti Multimedia (MMU) – IPTS
9.     Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
12. Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS

Kedudukan Universiti Malaysia Sabah di Peringkat Asia?

Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah :

Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014?
Kedudukan di Asia.


§  Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
§  Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
§  Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
§  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§  Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
§  Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia

Di mana UMS? Mengapa UMS boleh ketinggalan dengan jirannya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)? Ini sangat memalukan. Kalau Unimas boleh mengapa UMS tidak boleh?. Jika benar bekas Hakim seperti Tun Zaki boleh menaikkan rating UMS ia tentu bagus kepada rakyat Sabah. Tapi kalau tidak mengapa perlu diteruskan. Bukankah bagus mencari warga tempatan yang boleh memacu UMS?

Tahun 2015/2016 sekali lagi Universiti Awam seperti UM, USM, UKM, UTM dan beberapa lagi menaikkan rangking mereka. 




Sekali lagi di mana UMS?




Oklah bagi bersikap adil UMS baru ini diumumkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini berada di kedudukan ke 173 terbaik dunia dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2015, bagi kelestarian alam sekitar.




UI-GreenMetric World University Ranking 2015 menunjukkan UPM di kedudukan ke 17 dunia, UUM 45, UM 65, UKM 110. Malah di Malaysia UPM diletakkan dirangking pertama bagi kelestarian Alam Sekitar. Begitu juga UPM tetap dalam QS Rangking Top Universities kedudukan 331 dunia malah memperbaiki kedudukannya dari 376 tahun 2014. Tapi UPM tidaklah seheboh dan kecoh dari UMS. Dengan alam sekitar yang cantik di UMS kedudukan mungkin perlu lebih baik dari 173 terbaik dunia. Sekali lagi dia kata \
bersyukurlah masuk juga. 


Seruan Pemimpin

Kita yakin YAB Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor UMS pasti tidak mahu UMS merudum. Beliau perlukan seorang Naib Canselor yang benar-benar menjalankan fungsinya. Sedikit pertimbangan politik diperlukan untuk kebaikan Negeri Sabah.

Menteri mesti menggunakan kuasa yang beliau ada sama ada melantik atau menamatkan perkhidmatan jika sekiranya pegawai yang dilantik tidak berfungsi dengan baik. Ini kuasa menteri. Harap menteri baru ini adalah “Menteri yang ada Telur” seperti juga Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd Najib yang berani membuat rombakan kabinetnya.

Kalau Dato' Seri Idris Jusoh boleh menukar Naib Canselor UniMAP yang paling lama di Malaysia. Tak mungkin Idris Jusoh tidak boleh menukar Naib Canselor UMS yang tamat penghujung tahun ini atau awal tahun depan. 

YAB Perdana Menteri perlukan pegawai yang jujur bukan mengisi perut sendiri. Diharap Menteri Pendidikan Tinggi melaksanakan tanggungjawabnya. 

Oleh:  Zulkifli M