![]() |
Orang PAS di mana-mana mereka akan kekal dengan PAS. Duduklah di bank mana-mana sekalipun. Jika tidak pun akan jadi Parti Amanah (PAN) |
Di bawah Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah pemimpin Pembangkang diberi peluang aktif di dalam kampus UMS. Harun tidak pernah untuk serik. Dia tidak pernah menyemak siapa dia bawa dan siapa dia lantik. Dulu melantik pemimpin PAS Ali Akhbar Gulasan sebagai Pengarah, membiarkan pemimpin PKR aktif, kini usaha membawa Ustaz Mohd Nazri Chik bekas AJK Dewan Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS yang berlindung dibalik jawatannya Ketua Pegawai Syariah BIMB Holdings Berhad masuk dan berucap di Dewan Seminar Anjung Siswa pada 17 Februari 2017 sempena Karnival Cinta Rasul UMS.
![]() |
Cara halus bawa pembangkang masuk UMS. |
Umum mengetahui Presiden PMIUM merupakan hasil perkaderan PAS sejak sekian lama. Lahir dari program Baiah dan usrah PAS. Ustaz Mohdd Ramadhan Fitri Elias Presiden MPPUM selaku Presiden PMIUM tahun 2003-2005 kini Naib Presiden Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Shariah Maybank Islamic yang juga bekas AJK Dewan Pemuda PAS 2009-2011 namun tewas dalam PAS apabila menyertai pasukan Parti Amanah. Seorang lagi Presiden GAMIS dan PMIUM terkenal ialah Zaharuddin Abd Rahman yang kini eksekutif Shariah Exim Bank. Izwan Yusuf kini sebagai Pegawai JAKIM.
![]() |
Gunakan jawatan Bank untuk gerakan pembangkang |
Jika inilah antara tujuan kewujudan Sarjana Muda Pendasaran Islam Dengan Kepujian (HI15) dibawah Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan yang menyebabkan UMS perlahan-lahan tidak dapat membendung gerakan pembangkang di kampus tidak mustahil suatu hari ini UMS juga bakal menjadi seperti UM kilang pembangkang. Melihat cara Naib Canselor UMS yang tidak ambil kisah ini UMS sedang berdepan dengan masalah pengurusan universiti yang celaru dan hanya mengutamakan kepentingan jawatan. Sanggup memberi jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS kepada Tun Zaki seolah-olah tiada orang Sabah yang sesuai menjadi Pengerusi. Kenapa? sebab hendak kekal agar Harun Abdullah disokong oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. Ini sangat tidak sihat. Mudah diserang oleh parti-parti tempatan di Sabah yang berjuang "Sabah for Sabahan"! Kenapa hendak beri ruang orang menyerang?
Tidak mungkin UMS tidak menyemak siapa yang masuk berceramah di dalam kampus? Apakah kerana Pesuruhjaya PAS Sepanggar Dr Ali Akhbar Gulasan yang juga AJK Pas Pusat maka penceramah yang berlindung dibalik jawatan Bank jelas pemimpin PAS di bawa masuk ke UMS. Telah tiada lagi ke penceramah Islam mengenai kewangan berlandaskan Syariah di negara ini? Hanya Nazri Chik sahaja ke yang tinggal? Karnival berasaskan Islam je maka panggil orang PAS berceramah.
Lihat sahaja program Hari Raya Korban pun hendak bawa masuk pemimpin PKR dalam UMS. Telah tiada lagi ke penceramah sesuai di Sabah atau UMS itu? Jangan terlalu banyak beri ruang dan peluang kelak UMS juga yang susah nanti.
Kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan pemimpin utama Negeri Sabah semoga dapat membuka mata. Sudah tiba masanya kepimpinan pengurusan UMS ditukar sepenuhnya. Jangan terhantuk baru tengadah. Buruk padahnya!