Sunday, 2 August 2015

KONTROVERSI NAIB CANSELOR UMS: PELANTIKAN PENGERUSI YTL SEBAGAI PRO CANSELOR UMS DAN MENUKAR PENGERUSI PLU ASAL SABAH KEPADA TUN ZAKI!

ROMBAKAN UNIVERSITI AWAM: NAIB CANSELOR UMS DAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMS BAKAL DITUKAR?


Kita buka artikel ini dengan Agenda Mesyuarat Lembaga Pengarah UMS Kali ke 67. Selepas Datuk Dr Harun dilantik semula sebagai Naib Canselor beliau telah mengangkat "pegawai Lalang" sejak zaman Datuk  Noh Dalimin sebagai Pendaftar. Melantik semula Dr Shahril sebagai TNC (R&D), melantik semula Tan Sri Yeoh Tiong Lay Pengerusi YTL sebagai Pro Canselor (walaupun ada isu kumpulan YTL sebelum ini dengan kerajaan), melantik semula anggota jawatankuasa LPU serta Pengerusi LPU Tun Zaki Tun Azmi. Balas budi?

Jika mahu UMS maju: Tamatkan Kontrak Naib Canselor UMS, Tun Zaki Pengerusi Lembaga Pengarah UMS dan Tan Sri Dato Seri Yeoh Tiong Lay Pro Canselor UMS


Go Dato' Seri Idris Jusoh: Harap Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan Dato Halim lebih berfungsi. Bukan sebelum ini pasif dan buat tidak tahu mengenai Universiti. Dulu bersaing dengan Dato Marzuki SUPOL Menteri Pendidikan kini sejak kementerian kembali menjadi Menteri Pendidikan Tinggi tiada alasan

Dengan terpisahnya semula Kementerian Pendidikan dengan Pengajian Tinggi kita berharap kerajaan tidak melakukan lagi kesilapan yang berulang. Tahniah kepada  Dato' Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru kesilapan YB Tan Sri Muhyiddin Yasin bekas Menteri Pendidikan itu tidak wajar di ulangi.

Acuh tak kisah kepada kementerian menyebabkan urusan kementerian khususnya Institusi Pendidikan Tinggi terabai. Lebih teruk dari bawah  era Dato’ Seri Khaled Nordin semasa Menteri Pengajian Tinggi.

Idris Jusoh tidak boleh lagi melakukan kesilapan sebagaimana Tan Sri Muhyiddin. Lihatlah nasib Tan Sri Muhyiddin. Penyambungan kontrak Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah disaat akhir selama dua tahun adalah satu kesilapan besar.

Buktinya UMS lihat sahaja betapa hancurnya UMS bila Naib Canselornya jenis tak kisah. Pelbagai laporan dibuat kepada YB Tan Sri Muhyiddin tetapi tetap tidak ambil tindakan malah diakhir tamatnya kontrak Prof Datuk Dr Harun Abdullah bulan Jun lalu dengan pengaruh Tun Zaki Tun Tun Azmi (Pengerusi Lembaga UMS) tetap juga disambung oleh Tan Sri Muhyiddin.

Bukti Laporan dihantar kepada Menteri. Apa Menteri Pendidikan lakukan ketika itu?.Telah dibakul sampahkan malah ketika kontrak tamat Menteri Pendidikan telah menyambungnya.

Isu UMSKAL, Pelantikan YDP PAS Sepangggar sebagai Pengarah Alumni UMS dan kunjungan UMSKAL ke pejabat DAP

UMSKAL lubuk pembangkang di kampus. Berapa banyak gerakan GAMIS di kampus UMS semasa Prof Datuk Dr Harun Abdullah sebagai Naib Canselor? Video dan berita bergambar sangat banyak. Satu darinya https://youtu.be/IBzXEmLot8A


Mengapa agaknya Gerakan mahasiswa pembangkang UMS aktif? lebih aktif dan sudah setanding UM dan UKM

Sebab apa kerana Pengurusan UMS tidak peduli pun gerakan pembangkang yang wujud di kampus. Hanya bila ada tekanan politik barulah sibuk mengambil tindakan.

Lihat sahaja semasa isu pelantikan YDP Pas Sepanggar sebagai Pengarah Alumni UMS. Sangat terang lagi bersuluh salah tiada pun Prof Harun meminta maaf. Malah berbuat bodoh macam biasa. Tapi kerana ada Muhyiddin di nasihat salah maka kekallah Prof Dr Harun ini.



ALIAKHBAR: Nasiblah pelantikan YDP PAS Sepanggar (AJK Pusat) di batalkan selepas menjadi isu. Jika tidak mungkin senyap sahaja.

Begitu juga kes  UMSKAL tahun 2015 tidak lama beliau disambung kontrak menunjukkan kepada mereka betapa lemahnya Naib Canselor UMS itu. Berbangga dengan kunjungan ke pejabat DAP. Pejabat Naib Canselor UMS pun mereka tak datang lagi berkunjung. Apa maksudnya? Prof Dr Harun ini lemah.

Terbaru.: ISU UMS KAL tidak pernah berhenti. Sebab UMS tidak kisah. Kalau boleh lantik Pengarah orang PAS. Apa Naib Canselor kisah jika mahasiswanya bersama DAP

Mendengar nasihat Lokman Abd Samad dan No’ Man Hj Ahmad inillah jadinya. Sehingga ke hari ini apa tindakan Naib Canselor UMS? TNC HEP pro Naib Canselor apa kerjanya?


Menteri Pendidikan Tinggi baru : tukarlah Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS itu.

Janganlah mengulangi kesilapan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan. Bertindak tegas. Kalau boleh carilah Naib Canselor yang boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah. Kalau boleh janganlah lantik Pengerusi LPU UMS seperti Tun Zaki. Carilah orang negeri Sabah yang layak. Tak kan tiadaPengerusi LPU dari Sabah yang layak. Sabah Fix deposit tapi lantik Pengerusi LPU orang luar. Ia sangat tidak kena. Tak akan tiada yang layak. Tun Zaki amat tidak sesuai di UMS. Berilah dia jawatan di tempat lain. Carilah yang memahami mengenai Negeri Sabah, aspirasi orang Sabah.  Bukan main tangkap muat dan boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Naib Canselor UMS sahaja. Gunalah kuasa Menteri.  Zaman Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah dulu UMS tetap gemilang. Bukan rasis atau sentimen tetapi tidak kena dengan masa kerajaan sekarang khususnya di Negeri Sabah. Tindakan terkebelakang untuk menghargai penghargaan pengundi Sabah.




AUKU Pindaan 2009: Menteri melantik Naib Canselor. Kalau ada 3 calon dan 1 dah jelas salah laku kenapa nak ikut Jawatankuasa Penasihat Menteri? 


Begitu juga kuasa melantik LPU. Kalau Naib Canselor menghantar nama LPU mengapa tidak menyemak terlebih dahulu individu? 



Lihat Fungsi LPU seperti dalam AUKU pindaan 2009. Apakah LPU UMS berjaya?

Kenapa nak kekalkan Tan Sri Dato' Seri Yeoh Teong Lay (YTL)? 

Sekian lama Yeoh Teong Lay berada di UMS tak akan tiada orang lain? Kalau Pengerusi lama Tan Sri Hamid Egoh orang Sabah boleh ditukar mengapa pula kumpulan YTL yang banyak berkontroversi dengan Kerajaan dan YAB PM di kekalkan? Tak kan Prof Datuk Dr Harun sebagai Naib Canselor tidak terfikir semua tu? 





Apakah kejayaan Prof Dr Harun (Naib Canselor) dan Tun Zaki?

SenaraiRanking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Tapi di mana UMS?
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
1.     Universiti Malaya (UM) – IPTA
2.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA
3.     Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA
4.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA
5.     Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA
6.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
7.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA
8.     Universiti Multimedia (MMU) – IPTS
9.     Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
12. Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS

Kedudukan Universiti Malaysia Sabah di Peringkat Asia?

Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah :

Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014?
Kedudukan di Asia.


§  Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
§  Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
§  Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
§  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§  Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
§  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
§  Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia

Di mana UMS? Mengapa UMS boleh ketinggalan dengan jirannya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)? Ini sangat memalukan. Kalau Unimas boleh mengapa UMS tidak boleh?. Jika benar bekas Hakim seperti Tun Zaki boleh menaikkan rating UMS ia tentu bagus kepada rakyat Sabah. Tapi kalau tidak mengapa perlu diteruskan. Bukankah bagus mencari warga tempatan yang boleh memacu UMS?

Tahun 2015/2016 sekali lagi Universiti Awam seperti UM, USM, UKM, UTM dan beberapa lagi menaikkan rangking mereka. 




Sekali lagi di mana UMS?




Oklah bagi bersikap adil UMS baru ini diumumkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini berada di kedudukan ke 173 terbaik dunia dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2015, bagi kelestarian alam sekitar.




UI-GreenMetric World University Ranking 2015 menunjukkan UPM di kedudukan ke 17 dunia, UUM 45, UM 65, UKM 110. Malah di Malaysia UPM diletakkan dirangking pertama bagi kelestarian Alam Sekitar. Begitu juga UPM tetap dalam QS Rangking Top Universities kedudukan 331 dunia malah memperbaiki kedudukannya dari 376 tahun 2014. Tapi UPM tidaklah seheboh dan kecoh dari UMS. Dengan alam sekitar yang cantik di UMS kedudukan mungkin perlu lebih baik dari 173 terbaik dunia. Sekali lagi dia kata \
bersyukurlah masuk juga. 


Seruan Pemimpin

Kita yakin YAB Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor UMS pasti tidak mahu UMS merudum. Beliau perlukan seorang Naib Canselor yang benar-benar menjalankan fungsinya. Sedikit pertimbangan politik diperlukan untuk kebaikan Negeri Sabah.

Menteri mesti menggunakan kuasa yang beliau ada sama ada melantik atau menamatkan perkhidmatan jika sekiranya pegawai yang dilantik tidak berfungsi dengan baik. Ini kuasa menteri. Harap menteri baru ini adalah “Menteri yang ada Telur” seperti juga Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd Najib yang berani membuat rombakan kabinetnya.

Kalau Dato' Seri Idris Jusoh boleh menukar Naib Canselor UniMAP yang paling lama di Malaysia. Tak mungkin Idris Jusoh tidak boleh menukar Naib Canselor UMS yang tamat penghujung tahun ini atau awal tahun depan. 

YAB Perdana Menteri perlukan pegawai yang jujur bukan mengisi perut sendiri. Diharap Menteri Pendidikan Tinggi melaksanakan tanggungjawabnya. 

Oleh:  Zulkifli M